Skip to main content

Dunia

Pelarian Rohingya bimbang dianiaya, ditindas sekembali ke Rakhine

Gerakan untuk menghantar pulang ribuan pelarian Rohingya, yang berlindung di Bangladesh ke Myanmar gagal lagi buat kali kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelarian Rohingya bimbang dianiaya, ditindas sekembali ke Rakhine

Lebih 700,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh menyusuli tindakan keras tentera Myanmar. (Gambar: AFP/Ye Aung Thu)

Diterbitkan : 22 Aug 2019 08:15PM Dikemas Kini : 22 Aug 2019 08:17PM

BANGLADESH: Gerakan untuk menghantar pulang ribuan pelarian Rohingya, yang berlindung di Bangladesh ke Myanmar gagal lagi buat kali kedua.

Para pelarian mengatakan mereka lebih rela mati daripada dipaksa pulang ke Rakhine.

Sekitar 3,000 pelarian Rohingya, yang berlindung di khemah-khemah Cox's Bazaar di Bangladesh, dipilih untuk dihantar pulang dengan trak-trak yang disediakan pemerintah Dhaka.

Bagaimanapun tidak seorang pun pelarian muncul untuk menyertai gerakan tersebut.

Mereka enggan pulang kecuali pemerintah Myanmar memberi mereka kerakyatan terlebih dahulu.

Para pelarian itu juga khuatir akan berlaku lebih banyak keganasan jika mereka pulang ke Rakhine.

Usaha pertama untuk menghantar para pelarian tersebut pulang ke Myanmar juga gagal pada November lepas.

Kira-kira 730,000 orang Rohingya di Rakhine melarikan diri ke sempadan Bangladesh sejak dua tahun lalu bagi mengelakkan tindakan kekerasan tentera Myanmar. 

Sumber : Reuters/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita