"Pelarian Myanmar hidup dalam ketakutan jika dihantar pulang", gesa Amnesty International kepada Thailand
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Amnesty International
BANGKOK: Amnesty International menggesa pihak berkuasa Thailand supaya tidak menghantar pulang warga Myanmar kerana mereka berdepan risiko ditahan.
Dalam satu kenyataan, Penyelidik Myanmar Amnesty International Nang Sein berkata warga Myanmar yang melarikan diri merentasi sempadan akan hidup dalam ketakutan jika dihantar pulang.
Penyelidik itu memaklumkan ramai daripada mereka yang sudah meninggalkan Myanmar sejak rampasan kuasa Februari 2021 cuba mencari perlindungan.
“Pihak berkuasa Thailand tidak boleh menghantar pulang warga Myanmar ke negara asal di mana mereka berkemungkinan dipenjara, diseksa, dan berdepan hukuman mati.
“Thailand mempunyai sejarah dalam menyediakan bantuan kemanusiaan kepada pelarian di rantau ini.
“Sebagai negara jiran dan anggota ASEAN, Thailand boleh memainkan peranan utama dengan menyediakan perlindungan terhadap pelarian di Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan.
Nang Sein berkata pihak berkuasa Thailand mesti memegang teguh prinsip ‘non-refoulement’ yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa dan Akta Pencegahan dan Penindasan terhadap Penyeksaan dan Kehilangan Paksa.
Sebagai sebuah negara yang tertakluk kepada Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Kekejaman, Layanan atau Hukuman yang Menghina, Thailand bertanggungjawab untuk tidak menghantar pulang mana-mana individu yang berisiko mengalami bahaya, menurut Amnesty Thailand.
Pada Rabu (22 Mac) dan Khamis (23 Mac), pihak berkuasa Thailand menggeledah beberapa apartmen di Mae Sot, Wilayah Tak di Thailand dan dianggarkan 100 orang termasuk kanak-kanak disoal siasat.
Mereka kemudian dibebaskan pada hari yang sama.
Sejak rampasan kuasa tentera pada Feb 2021 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa 1.6 juta orang hilang tempat tinggal dan 17.6 juta lagi memerlukan bantuan di Myanmar.
Menurut Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian, dianggarkan 52,000 orang telah melarikan diri ke negara jiran.
Sekitar 22,400 orang sudah menyeberangi Thailand sejak rampasan kuasa, menurut Amnesty Thailand.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.