Pelantikan Onn Hafiz sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor baharu dibuat atas semangat permuafakatan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: UMNO Johor/Facebook
KUALA LUMPUR: Pelantikan Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang baharu, berkuat kuasa pada Khamis (7 Dis) disifatkan sebagai ketetapan yang dibuat atas semangat permuafakatan.
Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Noor Azleen Ambros berkata pengumuman oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi itu disambut dalam suasana penuh kerukunan dan suatu tanda aras ketokohan dalam kepimpinan tertinggi UMNO Johor.
"Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyambut baik pengumuman oleh Ahmad Zahid dan menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah Onn Hafiz," katanya dalam kenyataan pada Khamis, dipetik daripada Astro Awani.
Mengulas lanjut, Encik Noor Azleen berkata berhadapan iklim politik negara yang saban hari diselubungi keberantakan dan pergeseran, UMNO Johor menampilkan teladan terbaik.
Ia sekali gus jelas beliau, mengulangi penegasan buat kesekian kalinya bahawa tidak ada yang lebih tinggi dan utama daripada kepentingan Johor.
Beliau menambah melalui permuafakatan yang akan mengukuhkan lagi sinergi antara kepimpinan Kerajaan Negeri dan UMNO Johor, ia diharap akan menjadi pencetus kepada Johor yang maju, stabil dan makmur.
Sebelum ini, Encik Ahmad Zahid dalam satu surat mengesahkan Encik Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu menggantikan Encik Mohamed Khaled Nordin, lapor Astro Awani.
Selain Encik Onn Hafiz, turut dilantik ke jawatan sama ialah Rozi Mamat bagi menggantikan bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said.
Menerusi surat yang dimuat naik oleh Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, Encik Ahmad Zahid berkata pelantikan berkenaan selaras dengan Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO, menurut Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.