Skip to main content

Dunia

Pelantikan Mufti dapat kukuhkan perpaduan kaum di M'sia, kata pengerusi majlis dakwah

Perwatakan sederhana dan toleransi Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dalam menyelesaikan isu berkaitan agama sebelum ini, dipercayai dapat membantu memperkukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelantikan Mufti dapat kukuhkan perpaduan kaum di M'sia, kata pengerusi majlis dakwah

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (Gambar: Instagram)

Diterbitkan : 10 Mar 2020 01:53PM Dikemas Kini : 10 Mar 2020 01:59PM

KUALA LUMPUR: Perwatakan sederhana dan toleransi Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dalam menyelesaikan isu berkaitan agama sebelum ini, dipercayai dapat membantu memperkukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof Emeritus Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata, Mufti Wilayah Persekutuan itu adalah seorang ulama yang berkebolehan, dalam urusan beragama mahupun masyarakat merentasi parti politik.

"Kedudukan beliau sebagai non-partisan boleh mengukuhkan lagi keyakinan rakyat, dalam menguruskan cita-cita perpaduan ummah dalam negara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Isnin (9 Mac).

Dr Mahmood Zuhdi berkata pelantikan Dr Zulkifli, juga akan memberi peluang kepada lebih ramai para teknokrat, untuk mentadbir hal ehwal Islam tanpa tekanan pengaruh politik kepartian, yang sebelum ini memberi kesan kepada kelancaran di peringkat pusat dan negeri.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia, Dr Roslan Mohd Nor pula berharapr D Zulkifli dapat menggalas tanggungjawab menteri, yang menjaga kepentingan Islam dengan beramanah selain mengharapkan rakyat, memberikan sokongan sepenuhnya kepada polisi yang akan diperkenalkan nanti.

Beliau turut berharap anak kelahiran Terengganu itu juga, dapat mengadakan lebih banyak pintu dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan Islam di negara ini, supaya agenda dan usaha mendaulatkan Islam dapat terus diperkasakan.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita