Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelantikan Ahmad Zahid selaku Timbalan PM berdasarkan hierarki parti, jelas Setiausaha Agung UMNO

Anggaran Waktu Membaca:
ROMPIN: Pelantikan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia bukan berunsurkan kepentingan politik tetapi dibuat dengan mengambil kira kedudukannya dalam hierarki parti.

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan berkata pelantikan Ahmad Zahid ke jawatan kedua tertinggi negara itu juga bertujuan memberikan kestabilan kepada Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas tiada parti memperolehi majoriti mudah 112 di Dewan Rakyat.

“Tidak pernah satu Kabinet pun yang tidak menerima kritikan… berapa banyak kali kita melihat ada satu perkara yang 100 peratus sempurna. Mesti ada pihak yang tidak bersetuju di sana sini.

“Jika kita memberikan kepada orang lain selain Presiden (Ahmad Zahid), kestabilan itu agak tercabar. Kestabilan pertama dalam UMNO dan kedua dalam Kerajaan Perpaduan itu sendiri.

“Oleh itu, kita ingin kestabilan dan mengikut hierarki parti satu perkara yang sesuai dibuat pada saat ini,” jelasnya kepada wartawan selepas menghadiri program ceramah di Kampung Pianggu pada Sabtu (3 Dis).
 
Encik Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), antara 27 menteri Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu.
Selain Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid juga memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. 

Apabila ditanya mengenai penerimaan parti terhadap keputusan barisan menter Kabinet, Encik Ahmad berkata maklum balas positif diterima daripada peringkat akar umbi parti.

“Kita sedar kita hanya ada 30 kerusi dan enam wakil (menjadi menteri). Pada pandangan kita Alhamdulillah, walaupun kita meminta lebih. Kita tunggu senarai timbalan menteri pula,” katanya.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan