Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelanggan terkejut nampak potongan jari manusia dalam hidangan sayur lodeh

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Seorang penduduk kampung di Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia, dilaporkan menemui potongan jari manusia di dalam sayur lodeh yang dibeli rakan-rakannya di sebuah warung.

Memetik laporan Kompas, berikutan penemuan itu, penduduk terbabit, Petrus Watu, pergi ke Ibu Pejabat Polis bahagian Tasifeto Timur (Mapolsek) dan membuat aduan mengenai kejadian.

Ketua Jabatan Hubungan Masyarakat Polis NTT, Pesuruhjaya Ariasandy, memaklumkan polis menerima aduan daripada Petrus yang terkejut ketika menikmati hidangan sayur lodeh itu, lapor Kompas.

"Dion Klau dan Isto Foa (rakan pengadu) datang membeli tauhu lodeh di warung makan Al milik YKD di Dusun Baulenu, Desa Manleten, Kecamatan Tasifeto Timur, Kabupaten Belu, pada Khamis lalu (8 Dis)," katanya.

Tambah Encik Ariasandy, Dion dan Isto membungkus sayur lodeh itu dan kemudian membawanya pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, mereka menikmati hidangan itu terlebih dahulu sebelum meninggalkan baki makanan untuk Petrus.

"Ketika hendak makan, Petrus menemui potongan jari manusia dalam makanan. Beliau kemudian memaklumkan pekara tersebut kepada rakannya sebelum membuat aduan polis," kata Encik Ariasandy.

Mereka turut membawa bukti sisa sayur lodeh serta potongan jari yang ditemui, lapor Kompas.

Selepas menerima laporan itu, polis kemudian bekerjasama dengan pasukan perubatan untuk memeriksa potongan jari berkenaan.

"Sah ia memang potongan jari manusia," kata Encik Ariasandy sambil berkata bahawa pihaknya sudah membuka kes siasatan serta memanggil beberapa saksi untuk disoal siasat.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan