Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelanggan IKEA Shanghai bergegas keluar susuli pengumuman terdapat kontak rapat COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

SHANGHAI: Keadaan menjadi huru-hara di sebuah cawangan IKEA di Shanghai pada Sabtu (13 Ogos) apabila pihak berkuasa cuba menutup cawangan tersebut setelah mendapati salah seorang pelanggan adalah kontak rapat pesakit COVID-19. 

Rakaman video yang tular di media sosial China menunjukkan para pelanggan menolak pengawal keselamatan dan bergegas keluar dari cawangan berkenaan dalam keadaan panik, sedang pengumuman dibuat menerusi sistem pembesar suara cawangan tersebut, yang menyatakan pusat beli-belah itu sedang ditutup disebabkan oleh pengesanan kontak COVID-19. 

Para pengawal keselamatan dilihat menutup pintu untuk mencegah orang ramai daripada meninggalkan tempat itu tetapi sebilangan pelanggan tetap bergegas keluar. 

Khidmat pelanggan IKEA pada Ahad (15 Ogos) menyatakan pusat beli-belah itu ditutup disebabkan oleh sekatan-sekatan COVID-19, lapor Reuters, sambil menambah bahawa IKEA tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan ulasan lanjut.

Menurut Bloomberg, pihak berkuasa Shanghai  melaksanakan "langkah kawalan sementara" di pusat beli-belah itu setelah mendapat tahu bahawa kontak rapat kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dijangkiti COVID-19 tetapi tidak bergejala melanggani pusat beli-belah tersebut. 

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak pula mendedahkan waktu ataupun tarikh kontak rapat itu berada di pusat beli-belah berkenaan. 

Orang ramai yang berada di IKEA ketika itu dan kawasan-kawasan terjejas yang lain dikehendaki menjalani kuarantin selama dua hari sebelum dipantau kesihatan selama lima hari, lapor Bloomberg, menukil Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Shanghai, Encik Zhao Dandan, yang memberi taklimat pada Ahad (14 Ogos). 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan