Pelancongan global dijangka lepasi tahap prapandemik, dipacu permintaan terpendam: Indeks WEF
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sektor pelancongan dijangka pulih tahun ini, dengan ketibaan pelancong global dijangka melepasi tahap yang dicatat sebelum pandemik COVID-19.
Demikian menurut satu laporan oleh Forum Ekonomi Sedunia (WEF), yang dikeluarkan pada Selasa (21 Mei).
Sumbangan sektor tersebut kepada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) juga berkemungkinan kembali ke paras sebelum pandemik, dipacu oleh kelonggaran sekatan perjalanan dan permintaan terpendam yang kukuh.
Hal tersebut didedahkan oleh indeks pembangunan perjalanan dan pelancongan WEF.
Laporan dwitahunan tersebut, yang diterbitkan dengan kerjasama Universiti Surrey, menganalisis sektor perjalanan dan pelancongan 119 negara, meliputi pelbagai faktor dan dasar.
Encik Francisco Betti, ketua pasukan industri global di WEF, berkata: "Tahun ini menandakan titik perubahan bagi sektor perjalanan dan pelancongan, yang mempunyai keupayaan untuk merungkai pertumbuhan dan berkhidmat kepada masyarakat melalui transformasi ekonomi dan sosial."
TITIK PERUBAHAN BAGI SEKTOR
Pemulihan sejak pandemik tidak sekata di pelbagai rantau.
Secara umumnya, rantau Eropah dan Asia-Pasifik terus mempunyai keadaan yang paling sesuai bagi pembangunan pelancongan dan perjalanan.
Ini dirangsang oleh persekitaran perniagaan yang kondusif, pasaran buruh yang dinamik, dasar perjalanan terbuka dan infrastruktur pengangkutan dan pelancongan yang kukuh, menurut laporan itu.
Indeks WEF tersebut berfungsi sebagai tanda aras untuk membimbing pemerintah, perniagaan dan pertubuhan lain dalam dasar, amalan serta strategi pelaburan mereka.
Ekonomi berpendapatan tinggi terus menguasai senarai itu, dengan Amerika Syarikat, Sepanyol dan Jepun mengungguli ranking sekali lagi.
Mengenai Jepun menduduki antara kedudukan tiga tertinggi, Encik Andreas Hardeman, ketua industri aeroangkasa, penerbangan, perjalanan dan pelancongan di WEF, berkata: "Kami tahu bahawa negara ini mempunyai infrastruktur darat dan pengangkutan yang sangat baik. Ia adalah tempat yang sangat selamat untuk melancong, dan melakukannya dengan sangat cekap juga."
Negara tersebut juga mempunyai lebih banyak persaingan harga disebabkan mata wang yang semakin melemah, jelasnya dalam rancangan East Asia terbitan CNA pada Selasa (22 Mei).
"Ini bermakna perjalanan dan pelancongan di negara itu juga kian dimampui bagi para pelawat asing," tambahnya.
"Memandang ke hadapan, saya boleh katakan sektor pelancongan di Jepun mungkin boleh mendapat manfaat daripada pelbagai pilihan penginapan yang lebih luas, di samping menangani cabaran kesesakan."
Perancis, Australia, Jerman, United Kingdom, China, Itali dan Switzerland turut disenaraikan sebagai 10 ekonomi terunggul dalam indeks itu. Singapura pula menduduki tempat ke-13 dalam senarai itu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.