Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelancongan di Asia Pasifik dijangka pulih ke paras prapandemik jelang 2024

Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: Pemulihan sektor pelancongan di Asia dan rantau Pasifik pesat meningkat dan mungkin kembali semula ke tahap sebelum pandemik menjelang 2024, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Selasa (7 Feb).

Laporan Integrasi Ekonomi Asia 2023 menyatakan, ketibaan pelancong antarabangsa di rantau Asia Pasifik meningkat 399 peratus tahun ke tahun untuk lapan bulan pertama 2022, namun hanya 10.3 peratus daripada jumlah 2019, lapor Xinhua.

"Variasi itu sebahagian besarnya didorong oleh perbezaan dalam kadar pembukaan semula sempadan, protokol kesihatan awam dan keyakinan orang ramai terhadap perjalanan ke luar negara," menurut laporan itu.

Menurut laporan tersebut lagi, konflik Rusia-Ukraine yang berterusan juga terus menimbulkan risiko penurunan dalam sektor pelancongan Asia yang berpotensi menyebabkan kehilangan kira-kira sepertiga pelancong dari Rusia.

"Harga bahan api yang lebih tinggi mendorong peningkatan tambang penerbangan dan perbelanjaan perjalanan selain kelemahan prospek pertumbuhan global yang merencatkan momentum pemulihan," kata laporan tersebut.

Untuk pemulihan pascapandemik, laporan itu percaya, ekonomi di rantau ini perlu melihat beberapa pilihan dasar untuk membina kemampanan dan daya tahan sambil menangani cabaran sebelum pandemik seperti pasaran sumber yang kecil selain menambah baik infrastruktur.

"Kerjasama serantau yang lebih erat penting dalam menangani cabaran yang berpanjangan," menurut laporan itu.
Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan