Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelancong S'pura menginap di Hotel MITC berpeluang dapat potongan harga sewa hotel

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancong S'pura menginap di Hotel MITC berpeluang dapat potongan harga sewa hotel

Gambar: Hotel MITC/Facebook

Diterbitkan : 05 Apr 2022 10:18AM Dikemas Kini : 05 Apr 2022 10:20AM

MELAKA: Pelancong dari Singapura yang menginap di Hotel Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Melaka, berpeluang mendapatkan potongan sewa hotel berdasarkan tol yang dibayar untuk memasuki Melaka bermula Mei depan, kata Pengurus Besarnya Sazali Sabri.

Beliau berkata pemotongan harga bilik yang disewa diberikan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari republik itu menginap di hotel berkenaan khususnya selepas sempadan kedua-dua negara dibuka sejak 1 April lepas.

Kata beliau, potongan harga berkenaan diberikan kepada pelancong Singapura yang memasuki Melaka menggunakan kenderaan mereka dan tiada had atau kuota pemberian diskaun ke atas jumlah kenderaan penginap ditetapkan.

"Sebelum ini, Hotel MITC menerima tempahan bilik daripada pelancong Singapura antara 20 hingga 30 peratus daripada jumlah 200 keseluruhan bilik yang ada di hotel ini, khususnya pada hujung minggu dan cuti sekolah.

Jadi jika mereka masuk ke Melaka dan menginap di sini, kita akan berikan harga bilik istimewa dengan membayar tol mereka. Mereka hanya perlu menunjukkan bukti pembayaran tol berkenaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Majlis Makan Malam dan Meraikan Pelanggan serta Rakan Media 2022 di Melaka pada Isnin (4 Apr).

Encik Sazali berkata pelbagai pakej menarik lain juga ditawarkan dalam usaha menarik pelancong Singapura menginap di hotel berkenaan, antaranya ibadah korban sempena Aidiladha kerana sambutan yang menggalakkan.

Kata beliau Pesta Durian juga dijangka diadakan pada Mei depan dan ia merupakan antara acara yang amat dinantikan pelancong Singapura khususnya yang menginap di hotel berkenaan dengan harga menarik.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan