Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelancong SG antara mereka yang boleh gunakan pintu automatik di KLIA

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Pintu automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka bermula petang Isnin (27 Feb) untuk 10 negara berisiko rendah.

Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di pintu masuk negara khususnya bermula pukul 3.00 petang sehingga pukul 11.00 malam.

“Saya akui masalah benar-benar wujud, ikhtiar yang sedang saya usahakan untuk masa sekarang ini adalah, kami akan maklumkan beberapa langkah, seperti petang ini saya akan maklumkan pembukaan semua autogate adalah untuk warga negara asing juga terutama negara berisiko rendah seperti Singapura, Brunei, New Zealand.

“Sebelum ini pintu automatik untuk rakyat negara kita sahaja keluar dan masuk, tidak buka kepada warga asing.

“Ada lagi ikhtiar lain yang kami sedang susun,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin (27 Feb), seperti dipetik Utusan.

Selain Singapura, Brunei dan New Zealand, infografik yang dimuat naik ke akaun Facebook jabatan imigresen Malaysia pada Isnin mengenal pasti pelancong dari Australia, Jerman, Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) sebagai antara mereka yang layak menggunakan pintu automatik tersebut.

Pada Sabtu (25 Feb), media Malaysia, New Straits Times (NST), melaporkan bahawa pelancong yang tiba di KLIA terpaksa menunggu antara satu hingga tiga jam untuk melalui pelepasan imigresen, menyebabkan ramai yang naik berang dengan masa menunggu yang agak lama itu.

"Saya tidak faham kenapa ia mengambil masa yang lama untuk mengesahkan dan cop pasport," kata seorang pelancong yang menunggu selama sejam setengah untuk pelepasan imigresen.

Sumber : AGENCIES/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan