Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelancong Rusia mati lemas di pantai Patong, Phuket

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancong Rusia mati lemas di pantai Patong, Phuket

Polis, pekerja penyelamat dan kakitangan Hospital Patong di pantai Patong di Phuket selepas seorang lelaki Rusia, 53 tahun, lemas pada pagi 27 Mei 2023. (Gambar: Bangkok Post)

PHUKET: Seorang lelaki Rusia mati lemas ketika berenang di laut pantai Patong di Phuket pada pagi Sabtu (27 Mei), lapor Bangkok Post. 

Seorang penyiasat di stesen polis Patong, Mejar Polis Chaiyakorn Tangsakul, berkata, insiden itu dilaporkan pada pukul 7.55 pagi. 

Para pegawai yang tiba di tempat kejadian mendapati pekerja penyelamat dan kakitangan Hospital Patong sudahpun tiba. 

Walaupun paramedik melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR), mereka tidak berjaya menyelamatkan lelaki itu. 

Isteri pelancong itu memberitahu polis, beliau dan suaminya, Rafaylovich Pavel, 53 tahun, merupakan rakyat Rusia. Mereka tinggal di sebuah hotel berdekatan pantai itu dan telah pergi berenang pada pagi Sabtu. 

Suaminya itu berenang sekitar tujuh kilometer dari pantai dalam keadaan ombak kuat. Wanita itu meminta tolong apabila melihat suaminya bergelut di tengah laut.

Anggota penyelamat di pantai bergegas ke laut untuk membawa lelaki itu ke pantai. Walaupun pegawai penyelamat dan paramedik melakukan CPR, lelaki itu meninggal dunia. 

Polis sudahpun menghubungi pejabat konsular Rusia dan kedutaan Rusia untuk memaklumkan kejadian di pulau itu. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan