Skip to main content

Dunia

Pelancong maut dilanggar bot di Filipina

Seorang pelancong 54 tahun dari Hong Kong maut selepas terkena kipas bot semasa melakukan selaman snorkel di sebuah pulau di Filipina. Kejadian berlaku Sabtu lalu (17 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancong maut dilanggar bot di Filipina

Petikan gambar Google Street View Pulau Apo.

Diterbitkan : 19 Feb 2018 05:46PM Dikemas Kini : 19 Feb 2018 05:49PM

CEBU: Seorang pelancong 54 tahun dari Hong Kong maut selepas terkena kipas bot semasa melakukan selaman snorkel di sebuah pulau di Filipina. Kejadian berlaku Sabtu lalu (17 Feb).

Young Thai Hang sedang bersnorkel di tapak menyelam yang popular iaitu Pulau Apo apabila dilanggar di bahagian kepala oleh motor kipas sebuah bot, menurut laporan media tempatan.

GMA News Online melaporkan bahawa kapten bot itu berkata beliau sedar ada seseorang yang sedang melakukan snorkel di kawasan tersebut tetapi tidak menyangka orang tersebut akan ke permukaan air sedang botnya bergerak lalu.

Kapten bot itu ditangkap, menurut laporan Philippine Daily Inquirer.

Laporan itu selanjutnya menyatakan bahawa Young berenang ke permukaan air sedang isterinya bersiap sedia untuk mengambil gambar dirinya di atas bot apabila insiden itu berlaku.

Young dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia setibanya di sana.

Jabatan Imigresen Hong Kong menyatakan semalam (18 Feb) bahawa ia akan bekerjasama rapat dengan keluarga Young dan pihak berkuasa yang berkaitan. 

Sumber : CNA/SM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita