Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelancong Malaysia maut selepas jatuh dari hotel Phuket

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancong Malaysia maut selepas jatuh dari hotel Phuket
Pantai di pulau peranginan popular Phuket di Thailand (Gambar FAIL: Agensi Berita)
Diterbitkan : 10 May 2025 08:03PM Dikemas Kini : 10 May 2025 08:04PM

PHUKET: Seorang lelaki warga Malaysia meninggal dunia dipercayai terjatuh dari sebuah hotel di pulau peranginan popular di Phuket, Thailand pada pagi Jumaat (9 Mei).

Menurut laporan Polis Thailand, mangsa, seorang lelaki warga Malaysia berusia 25 tahun berasal dari Selangor, tiba di Thailand pada 8 Mei bersama lebih 20 pelancong Malaysia.

"Mangsa telah diaturkan sebilik bersama tiga orang rakan. Pada kira-kira jam 1.00 pagi Jumaat (waktu tempatan), polis menerima laporan daripada petugas hotel bahawa seorang pelancong terjatuh dari bangunan," menurut laporan itu pada Jumaat.

Laporan Polis Thailand turut memaklumkan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di daerah Patong, Wilayah Phuket, pada 1.30 pagi Jumaat akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

Sementara itu, ketika dihubungi, pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa jenazah sudah dituntut oleh waris pada pagi Sabtu.

"Pihak konsulat telah membantu menguruskan jenazah dari daerah Patong ke wilayah Sadao melalui jalan darat sehingga sempadan Bukit Kayu Hitam. Ahli keluarga mangsa dijadualkan membawa jenazah ke Sungai Buloh untuk urusan pengebumian," menurut pihak Konsulat Malaysia.

Pihak Konsulat juga membantu menguruskan permit pengebumian di Malaysia.
 

Sumber : Bernama/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan