Pelancong Malaysia dibakar di Bangkok: Keluarga bimbang kos perubatan mungkin melebihi pampasan Thailand
Anggaran Waktu Membaca:
Tangkapan skrin video kejadian dan suspek yang ditahan. (Sumber: Media sosial)
BANGKOK: Keluarga pasangan Malaysia yang dibakar di pusat bandar Bangkok semasa bercuti bimbang pampasan yang ditawarkan oleh kerajaan Thailand mungkin tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan perubatan mereka.
Ong Yik Leong, 26 tahun dan Gan Xiao Zhen, 27 tahun, dilaporkan sedang duduk di tangga pusat beli-belah Big C berhadapan pusat beli-belah Central World di Jalan Ratchadamri apabila seorang lelaki Thailand yang menganggur didakwa menuang cecair pelarut ke atas mereka dari belakang sebelum membakar mereka sekitar jam 10.00 malam Khamis lalu (7 Ogos).
Pada Isnin (11 Ogos), kerajaan Thailand menyatakan akan menanggung kos perubatan pasangan tersebut sehingga maksimum 500,000 baht (S$19,700) setiap seorang, selain pampasan tekanan emosi sebanyak 50,000 baht (S$1,974) setiap seorang.
Pampasan itu dihulurkan di bawah skim bantuan untuk pelancong yang cedera semasa berlakunya kesalahan jenayah atau kemalangan tertentu.
Cik Gan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Chulalongkorn manakala teman lelakinya Encik Ong dilaporkan berada dalam keadaan stabil di unit rawatan rapi di Hospital Besar Polis.
Bercakap kepada agensi berita Malaysia Bernama pada Jumaat (15 Ogos), bapa Cik Gan, Gan Kin In, 80 tahun, berkata keluarganya bimbang tentang perbelanjaan perubatan, yang kini mencecah sekitar 150,000 baht (S$5,924) selepas rawatan lebih seminggu.
"Kami bimbang jumlah pampasan mungkin tidak mencukupi untuk menampung jumlah kos perubatan di sini, kerana yurannya agak tinggi," katanya kepada Bernama.
Bernama melaporkan bahawa keluarga tersebut bimbang perbelanjaan perubatan juga mungkin melebihi perlindungan insurans, walaupun tidak jelas sama ada mangsa mempunyai perlindungan sendiri.
Pesara itu juga berkata bahawa doktor tidak bersikap optimis bahawa mereka boleh membenarkan mangsa dipindahkan ke Malaysia dalam masa terdekat.
"Semalam, Xiao Zhen mengalami demam dan tekanan darah tinggi, tetapi dia pulih hari ini. Keadaannya kini lebih stabil, dan jika kesihatannya mengizinkan, doktor akan melakukan pembedahan kulit secara berperingkat," katanya pada Jumaat.
Cik Gan mengalami luka lecur tahap kedua meliputi 36 peratus wajah, dada dan lengannya manakala pasangannya mengalami luka lecur tahap kedua pada depan dan belakang bahagian atas badannya.
Bapanya menambah bahawa doktor menganggarkan ia akan mengambil masa kira-kira dua bulan sebelum Cik Gan pulih selepas prosedur pemindahan kulit yang akan dilakukan secara berperingkat untuk mengurangkan kesakitan dan rasa tidak selesa.
Bapa Cik Gan berkata beliau dan isterinya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Thailand atas bantuan mereka selepas kejadian itu.
"Kami berada di Bangkok sejak seminggu yang lalu. Kerajaan Malaysia, melalui kedutaan, memberi kami sokongan berterusan, manakala pihak Thailand, melalui Polis Pelancongan dan Kementerian Pelancongan dan Sukan, menyediakan pengangkutan dan penginapan," tambahnya.

Semasa mengumumkan pampasan kerajaan untuk kedua-dua mangsa, setiausaha tetap Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand Natreeya Taweewong menjanjikan komitmen kementeriannya untuk memberikan penjagaan dan bantuan yang terbaik mungkin kepada mereka.
Mengenai pampasan maksimum sebanyak 550,000 baht (S$21,700) setiap seorang, beliau berkata: "Kerajaan akan menimbangkan bantuan tambahan yang sesuai berdasarkan keadaan, bergantung pada budi bicara doktor yang memberikan rawatan."
Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Sorawong Thienthong juga menyampaikan ucapan takziah berikutan kejadian itu.
"Yakinlah bahawa Thailand akan menjaga dan melindungi semua pelancong dengan keupayaan kami sepenuhnya, supaya Thailand kekal sebagai destinasi yang selamat dan menarik," katanya seperti yang dinukil media Thai Khaosod pada 8 Ogos.
Suspek - dikenali sebagai Varakorn Pubthaisong, 30 tahun - didakwa menyerang kedua-dua mangsa kerana rasa kecewa akibat menganggur.
Dia dilaporkan memberitahu polis bahawa dia adalah bekas petinju yang dipecat sebagai pengawal keselamatan.
Dia cuba melarikan diri dari tempat kejadian tetapi berjaya ditangkap oleh orang awam.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.