Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelancong ke Bahrain tanggung sendiri kos ujian COVID-19

Kementerian Kesihatan Bahrain pada Ahad (12 Jul) mengumumkan semua pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain mulai 21 Julai 2020, perlu menanggung sendiri kos ujian saringan COVID-19, sebanyak BHD 30 (S$110.50).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancong ke Bahrain tanggung sendiri kos ujian COVID-19

Sebuah ilustrasi dicipta oleh Pusat bagi Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) yang menunjukkan virus korona baru 2019. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 13 Jul 2020 04:21PM Dikemas Kini : 13 Jul 2020 04:28PM

MANAMA: Kementerian Kesihatan Bahrain pada Ahad (12 Jul) mengumumkan semua pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain mulai 21 Julai 2020, perlu menanggung sendiri kos ujian saringan COVID-19, sebanyak BHD 30 (S$110.50).

Bayaran boleh dibuat secara tunai dan elektronik dengan pilihan membayar terlebih dahulu melalui aplikasi mudah alih ‘BeAware Bahrain’ untuk memudahkan proses.

Kru kabin, diplomatik atau pelancong rasmi lain dan mereka yang tiba di bawah kategori perjalanan perubatan adalah terkecuali. Selain itu, penumpang transit tidak perlu menjalani saringan COVID-19 atau dikuarantin.

Namun, rakyat dan penduduk Bahrain akan terus menikmati rawatan perubatan COVID-19 secara percuma, sesuai dengan piawaian antarabangsa dan seperti digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, lapor agensi berita Bahrain (BNA).

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam akan bekerjasama dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain dan syarikat penerbangan untuk melaksanakan perkara itu, tambah Kementerian.

Pelancong yang didapati negatif perlu menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari dan melakukan sekali lagi ujian pada hari terakhir. Ia memerlukan tambahan sebanyak BHD 30 (S$110.50), yang akan ditanggung sendiri. Sehubungan itu, semua kes kuarantin kendiri diwajibkan mendaftar aplikasi ‘BeAware’.

Di samping itu, kementerian berkata rakyat Bahrain yang ingin ke luar negara perlu menandatangani boring pengisytiharan, sama ada melalui aplikasi 'BeAware' atau menulis sendiri sebelum berlepas.

Ia sebagai tanda persetujuan untuk menanggung sebarang kos perubatan semasa di luar negara termasuk saringan COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari sebaik kembali ke Bahrain.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan