Pelancong asing tidak terjejas kanun jenayah baru Indonesia, tekan Timbalan Menteri Undang-Undang
Anggaran Waktu Membaca:
Pantai Jimbaran di Bali, Indonesia pada 12 November 2022, (Gambar: AP Photo/Firdia Lisnawati)
JAKARTA: Pelancong asing di Indonesia berkemungkinan tidak akan didakwa dengan undang-undang jenayah baru Indonesia yang akan berkuat kuasa dalam masa tiga tahun, kata Timbalan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia Edward Omar Sharif Hiariej pada Isnin (12 Dis).
Kanun jenayah baru itu menetapkan hubungan seks luar nikah dan bersekedudukan sebagai satu jenayah, namun hanya ibu bapa, pasangan serta anak-anak kepada pesalah yang disyaki boleh membuat aduan polis. Ini menjadikannya mustahil bagi para pelancong asing untuk didakwa, terang Encik Hiariej.
Individu yang melakukan hubungan seks luar nikah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda 10 juta rupiah (S$868), manakala mereka yang didapati bersalah bersekedudukan dengan pasangan yang belum dinikahi, boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan atau denda 10 juta rupiah (S$868).

BACA:
Bercakap di sebuah sidang media, Encik Hiariej berkata buat masa ini terdapat banyak kebimbangan berhubung kanun baru itu kerana ramai tidak memahami kanun jenayah mengenai hubungan seks sebelum nikah dan bersekedudukan.
"Saya ulangi lagi, pelancong asing dialu-alukan untuk datang ke sini kerana anda tidak akan terjejas dengan kanun jenayah baru ini.
Encik Hiariej berkata bahawa kanun jenayah baru itu bertujuan untuk menggantikan kanun jenayah sedia ada yang digubal oleh kerajaan penjajah Belanda sebelum kemerdekaan Indonesia pada 1945.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.