Pelancong asing ke Sabah tidak perlu jalani ujian COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:

Timbalan Ketua Menteri II Joachim Gunsalam. (Gambar fail: Bernama)
KOTA KINABALU: Semua pelancong asing yang masuk ke Sabah tidak lagi perlu menjalani ujian COVID-19 seebelum kemasukan dan mengemukakan sijil vaksinasi bermula Rabu (18 Jan), kata Timbalan Ketua Menteri II Joachim Gunsalam.
Beliau berkata Jemaah Menteri Sabah pada Rabu membuat keputusan itu bagi menyeragamkan sepenuhnya prosedur kemasukan pelancong asing ke negeri itu dengan prosedur di peringkat Persekutuan.
"Jemaah Menteri hari ini (semalam) memutuskan bahawa prosedur kemasukan semua pelancong asing ke Sabah adalah diseragamkan sepenuhnya dengan dasar ditetapkan Kementerian Kesihatan."
"Dengan itu semua pelancong asing tidak perlu menjalani ujian saringan COVID-19 prakemasukan dan tidak perlu mengemukakan sijil vaksinasi semasa masuk ke Sabah," katanya menerusi kenyataan Sabtu malam.
Sebelum ini, kerajaan negeri memutuskan berkuat kuasa 8 Januari, semua pelawat dari China yang masuk ke negeri itu perlu mengemukakan ujian COVID-19 yang negatif dan perlu lengkap vaksinasi.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.