Skip to main content

Dunia

Pelancaran peluru berpandu taktikal "satu amaran yang cukup", kata Korea Utara

Korea Utara menegaskan ujian terbaru peluru berpandu taktikal adalah satu amaran kepada Amerika Syarikat dan Korea Selatan berhubung latihan bersama tentera mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancaran peluru berpandu taktikal "satu amaran yang cukup", kata Korea Utara

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 07 Aug 2019 05:49PM Dikemas Kini : 07 Aug 2019 05:52PM

KOREA UTARA: Korea Utara menegaskan ujian terbaru peluru berpandu taktikal adalah satu amaran kepada Amerika Syarikat dan Korea Selatan berhubung latihan bersama tentera mereka.

Pyongyang menganggap langkah Washington dan Seoul itu sebagai latihan untuk pencerobohan.

Korea Utara menuduh Amerika mengapi-apikan ketegangan sambil memberi amaran, dialog masa depan akan terjejas.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menyaksikan sendiri pelancaran terbaru dua peluru berpandunya semalam.

Ujian itu adalah yang keempat dilakukan Korea Utara dalam masa kurang dua minggu.

Encik Kim dilaporkan berpuas hati dengan pelancaran tersebut yang menurutnya "satu amaran yang cukup" buat Amerika dan Korea Selatan.

Sementara itu Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika John Bolton mengingatkan Encik Kim tentang ikrarnya tidak mahu menyambung semula pelancaran peluru berpandu antara benua.

Pyongyang mengancam untuk menjalankan lebih banyak ujian senjata.

Encik Bolton berkata ujian terbaru itu adalah sebagai persediaan Pyongyang untuk mendapatkan peluru berpandu jarak dekatnya beroperasi sepenuhnya.

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita