Pelaksanaan HSR, LRT di Johor perlu ambil kira faktor kewangan Malaysia: Anthony Loke
Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Malaysia sedang mengkaji model pelaksanaan baharu untuk meneruskan cadangan pembinaan HSR. (Gambar: Bernama)
KLUANG: Pelaksanaan kemudahan pengangkutan awam seperti projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira pelbagai faktor terutamanya dari segi kewangan negara.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan tidak mempunyai masalah untuk menyokong pembangunan infrastruktur di Johor, namun perkara berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat.
"… semua ini memang kita tak ada masalah untuk kita menyokong, cuma dari segi pelaksanaannya ia bukannya begitu mudah. Ia akan mengambil kira pelbagai faktor, antaranya faktor kewangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Johor 2023 hari ini (10 Dis).
Beliau berkata demikian semasa mengulas cadangan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2024 pada 23 Nov lalu, yang berharap projek HSR dan LRT dilaksanakan segera bagi melengkapkan ekosistem pengangkutan terutama dalam menjadikan Johor destinasi pelaburan utama di rantau ini.
Mengenai perkembangan terkini HSR, Encik Loke berkata kementeriannya sedang melaksanakan permintaan untuk maklumat (RFI) bagi melihat cadangan daripada pihak swasta berkaitan pelaksanaan projek itu.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.