Pelaksanaan Akta Hasutan perlu dalam kes libatkan institusi diraja: PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Malaysiakini)
SABAK BERNAM: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mempertahankan penggunaan Akta Hasutan 1948 bagi mendakwa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor kerana ia menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu.
Encik Anwar berkata, pada dasarnya setiap ahli politik perlu mengelakkan daripada mengeluarkan kata-kata berbentuk hasutan terutama membabitkan institusi diraja.
"Kita perlu elak menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, soal kritik PM (Perdana Menteri) saya tidak pernah gunakan (Akta Hasutan).
"Tetapi ini soal kedudukan dan martabat Raja-Raja Melayu yang harus kita pelihara dan kita sanjung dan elak daripada menjadi suatu wacana serta perbahasan politik tidak sihat," katanya, dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di MSekin Wonderland, Sekinchan pada Selasa (18 Jul).
Ditanya penahanan Encik Muhammad Sanusi dibuat pada jam 3.00 pagi di sebuah hotel di ibu negara, Encik Anwar berkata, proses itu dijalankan oleh pihak polis.

"Saya mendapat maklumat polis pantau, cari dan apabila dapat (menemui Muhammad Sanusi), beliau telah ditahan," jelas beliau, lapor Sinar Harian.
Encik Muhammad Sanusi dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa kerana menggunakan Akta Hasutan 1948.
Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu didakwa atas tuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik pada minggu lalu.
Beliau didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.