Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelakon veteran M'sia, Roslan Saleh semakin uzur dek kencing manis

Anggaran Waktu Membaca:
MELAKA: Lama tidak mendengar khabar, rupa-rupanya keadaan kesihatan pelakon veteran Roslan Saleh atau Pak Lan kini semakin uzur.

Pemilik agensi umrah UT Travel & Tours, Ustaz Taufik yang kerap menziarahi Pak Lan berkata, pelakon itu sudah tidak lagi dapat melihat memandangkan saraf matanya sudah dimatikan oleh doktor.

Menurut Ustaz Taufik yang menziarahinya beberapa hari lalu, tujuan proses itu dilakukan adalah kerana mahu menghilangkan rasa sakit dan pening kepala yang dialami Pak Lan akibat kencing manis.

“Keadaan dia sekarang memang semakin uzur. Doktor dah matikan saraf mata, jadi memang dia tak boleh melihat langsung seumur hidup.

“Sebelum ini mata dia memang dah tak berapa terang, nampak tapi kabur. Tapi disebabkan kepala dia kerap sakit berdenyut-denyut, jadi doktor terpaksa matikan saraf mata.

“Proses itu dilakukan sekali gus ketika dia jalani pembedahan kaki yang sudah dijangkiti kuman. Dia dah tak boleh jalan disebabkan kedua-dua kakinya sudah dijangkiti kuman.

"Sekarang ini, isteri dan anak dia yang bantu untuk uruskan dirinya. Mujur isterinya masih sihat dapat bantu uruskan apa yang patut,” katanya kepada Gempak.

Sementara itu, Ustaz Taufik turut memberitahu bahawa Pak Lan sebelum ini tetap meneruskan berniaga di tepi jalan biarpun dalam keadaan kurang sihat.

“Sebelum ini, dia memang berniaga walaupun dalam keadaan sakit. Anak dia yang bantu sekali berniaga di tepi jalan. Sampai sekarang dia masih berniaga tapi anaknya yang uruskan.

“Kalau ada permintaan di stesen minyak, anak dia akan hantar. Tapi kalau tak laku, barang niaga tu akan dipulangkan semula.

Itulah sumber pendapatan Pak Lan.

“Dari dulu Pak Lan memang tak minta bantuan, selagi dia boleh berniaga, dia akan usaha cari duit sendiri. Cuma, saya sendiri yang berharap orang ramai boleh menghulurkan bantuan memandangkan keadaannya sekarang sudah uzur,” ujarnya.

Ustaz Taufik turut memaklumkan, sesiapa yang ingin membantu meringankan beban boleh berbuat demikian dengan menghubungi isteri atau anak-anaknya.

Awal dari itu, Pak Lan menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 2020.

Pak Lan tidak lagi aktif berlakon apabila keadaan kesihatannya semakin merosot sejak 2018.



 
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan