Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelakon veteran Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia pada usia 76 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin, 76 tahun, yang dirawat di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Shah Alam (HSA) sejak 29 September lalu, meninggal dunia pada pukul 4.30 petang Rabu (12 Okt).

Berita ini dikongsikan anaknya, Aqeela Mohd Hisham, 26 tahun, menerusi kiriman mesej ringkas di aplikasi WhatsApp kepada Harian Metro.

"Assalamualaikum, dengan rasa rendah hati saya ingin memaklumkan abah saya, Hisham Ahmad Tajudin telah kembali menemui sang pencipta pada waktu Asar tadi, jam 4.30 petang. Sama sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah..Innalillahiwainnailaihirojiun," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Allahyarham berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru, selepas difahamkan arwah mengalami batuk teruk selama seminggu.

Allahyarham yang menerima rawatan di HSA sebelum ini ditidurkan dan bernafas sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Harian Metro difahamkan bahawa Allahyarham juga diberikan dos antibiotik yang lebih kuat oleh doktor untuk membunuh kuman-kuman yang menyerang dalam badannya pada 2 Oktober lalu.

Terdahulu, beliau ialah pelakon yang aktif dalam arena drama dan filem Malaysia sekitar 1980-an lalu. Namun, arwah yang juga pesara kerajaan kini banyak menghabiskan waktu berehat di rumah bersama keluarga kerana faktor usia serta penjagaan kesihatan kerana menghidap penyakit kencing serta darah tinggi.

Selama aktif sebagai pelakon berdekad lamanya, Allahyarham membintangi banyak drama dan filem. Antara karya lakonannya ialah Tsu Feh Sofiah, Wira Angkasa, Hanny, Putera, Black Maria, Dalam Hati Ada Cinta, Tanah Kubur dan Tok Ayah.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan