Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelakon veteran Bollywood dibunuh anak sendiri gara-gara harta

Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Pelakon televisyen veteran Bollywood, Veena Kapoor, dibunuh oleh anak lelakinya sendiri dalam satu pergaduhan akibat harta.

Veena, 74 tahun, dilapor dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat, lapor Astro Gempak seperti yang dipetik Times Of India.

Menurut laporan pihak berkuasa, anak lelakinya mengaku membunuh ibunya sendiri hanya disebabkan perselisihan faham melibatkan tanah bernilai RM6.4 juta (SS$1.96 juta).

Polis menahan tertuduh, Sachin Kapoor, 43 tahun, dan individu yang didakwa bersubahat dengannya, Chhotu atau nama sebenarnya Lalu Kumar Mandal, 25 tahun.

Awal dari itu, kehilangan pelakon wanita tersebut dikesan oleh pengawal keselamatan kediaman Kapoor yang bertindak memaklumkan kepada polis Juhu.

Difahamkan, selepas membunuh ibunya, Sachin membuang mayat Veena ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.

Veena pernah berlakon dalam siri "Bhabhi" yang disiarkan sekitar tahun 2002 hingga 2008.

Selain itu, antara filem lain lakonan Veena termasuk "Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna", "Dal: The Gang" dan "Bandhan Pheron Ke".
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan