Pelakon teater dan film Tony Roberts meninggal dunia usia 85 tahun
Seorang pelakon teater serba boleh, yang juga terkenal dalam kedua-dua industri drama dan muzikal, Tony Roberts, meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Tony Roberts pernah dicalonkan sebanyak dua kali untuk Anugerah Tony bagi peranannya dalam How Now, Dow Jones dan Play It Again, Sam. (Gambar: AP)
Pelakon itu pernah beberapa kali muncul dalam filem Woody Allen sebagai sahabat baik Allen.
Berita kematian Roberts diumumkan oleh anak perempuannya, Nicole Burley, kepada The New York Times.
Tony Roberts pernah dicalonkan sebanyak dua kali untuk Anugerah Tony – bagi peranannya dalam How Now, Dow Jones dan Play It Again, Sam, ketika beliau disenarai namakan sebagai Anthony Roberts.
Salah satu kejayaan terbesar Roberts di Broadway ialah komedi hit Charles Busch, The Tale of the Allergist's Wife (2000), di mana beliau memerankan suami kepada watak utama dalam cerita tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.