Pelakon Nadia Kesuma disahkan sudah tinggalkan lapangan terbang Jeddah
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan pelakon, Nadia Kesuma yang dilapor hilang di Arab Saudi sebelum ini, dikesan sudah meninggalkan lapangan terbang Jeddah.
Menteri Luar Malaysia, Mohamad Hasan, berkata ia berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Arab Saudi, selepas pencarian dilakukan pelbagai pihak termasuk Konsular Malaysia di negara terbabit.
Sehubungan itu, katanya, laporan polis akan menyusul.
"Beliau (Nadia) pergi ke Arab Saudi dengan syarikat pengendali umrah dan rekod menunjukkan Nadia keluar dari lapangan terbang Jeddah di Arab Saudi.
"Laporan polis akan dibuat selepas 20 jam proses pencarian dilakukan dengan mengikut prosedur operasi standard prosedur (SOP)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni pengamal media di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu (17 Jan).
Pelakon itu dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Khamis (15 Jan).
Terdahulu, suami pelakon terbabit merayu kerajaan menggerakkan usaha diplomatik dengan kerajaan Arab Saudi bagi mempercepatkan proses pencarian isterinya.
Prof Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, berkata keadaan ketika ini memerlukan tindakan segera diambil dan bantuan kerajaan diperlukan bagi membantu usaha menjejak keberadaan Nadia Kesuma yang masih misteri.
Jelasnya, ahli keluarga isterinya telah membuat laporan kepada Wisma Putra dan Konsulat Malaysia di Jeddah dan kedua-dua agensi itu banyak membantu memberi bimbingan apa yang perlu dilakukan.
Nadia Kesuma dikatakan suka mengembara dan sentiasa memaklumkan pergerakan kepada keluarga apabila tiba di sesebuah negara.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.