Pelakon Michelle Yeoh antara personaliti rakyat Malaysia dalam senarai 'block' perang Gaza

(Dari kiri) Pelakon rakyat Malaysia Anna Jobling, Michelle Yeoh, dan Neelofa antara yang disertakan dalam senarai "blockout" atau sekatan atas sikap berdiam diri mereka terhadap krisis yang sedang berlaku di Gaza. (Gambar: Instagram/annajobling, Dia Dipasupil/Getty Images via AFP, Instagram/neelofa)
Yeoh, di samping rakan seangkatannya Anna Jobling dan Neelofa, termasuk dalam senarai kira-kira 30 nama yang berjudul "Senarai sekat selebriti dan pempengaruh rakyat Malaysia" (“Malaysian celebrity and influencers block list”), yang dimuat naik di Facebook oleh pengguna Liena Bunkerz pada 13 Mei, yang sekali gus telah menarik 6,000 perkongsian setakat Khamis (16 Mei).
Senarai "block" yang menyasarkan personaliti Malaysia sejajar dengan gerakan online yang dipanggil "Blockout 2024", di mana para pengguna media sosial memboikot selebriti dan pempengaruh dengan "menyekat" akaun mereka di platform seperti Instagram, TikTok dan X.
Menurut agensi berita Associated Press, para peserta menjelaskan bahawa gerakan tersebut adalah satu bantahan memandangkan selebriti-selebriti tersebut sama sekali tidak atau tidak cukup lantang bersuara terhadap tindakan Israel di Gaza semasa perangnya dengan Hamas.
Dengan menyekat akaun personaliti-personaliti tersebut, ini bermakna tidak melihat mana-mana kandungan yang mereka hasilkan di media sosial - tiada hantaran, tiada foto atau video, tiada kerjasama dengan penaja.
Sekatan itu juga bertujuan untuk menjejas jumlah tontonan, pelibatan dan sekali gus pendapatan selebriti, kerana bilangan orang yang berinteraksi dengan kandungan menjana keuntungan, lapor AP.
Yeoh tidak lantang bersuara mengenai perang itu, meskipun pada 10 Mac, beliau bercakap kepada agensi berita AP sambil menyifatkan bantahan yang menggesa gencatan senjata Gaza di sekitar upacara Oscars sebagai "membimbangkan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.