Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelakon era 80-an Mek Habsah meninggal dunia akibat penyakit paru-paru

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon era 80-an Mek Habsah meninggal dunia akibat penyakit paru-paru

(Gambar: Habshah Bakar/Facebook)

KUALA LUMPUR: Penyanyi, pelakon dan pelawak popular era 1980-an Mek Habsah dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun, kira-kira pukul 2.45 pagi pada Isnin (11 Sep).

Allahyarham Mek Habsah atau nama sebenarnya Habshah Bakar menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat penyakit paru-paru, lapor Astro Gempak.

Cucu Allahyarham iaitu Huraimi Hilman memaklumkan berita kematian neneknya itu menerusi laman Facebook.

“Selamat berehat nendaku Habshah Bakar. Innalillahiwainnailaihirajiunm. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,” tulisnya.

Sementara menerusi laman Facebook, penyanyi Noorshila Amin turut mengesahkan berita sedih itu dan mendoakan agar Allahyarhamha ditempatkan bersama orang beriman.

“Dengan rasa hiba dah sedih. Dimaklumkan kekanda Mek Habsah telah kembali ke Rahmahtullah jam 2.30 pagi tadi.

“Dengan rendah hati, saya mohon dapatlah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga Allah ampuni dan tempatkan arwah di kalangan para solihin,” titipnya, seperti ditukil laporan Astro Gempak.

Awal dari itu, Mek Habsah difahamkan sudah lama mengalami penyakit paru-paru dan terpaksa bergantung kepada bantuan pernafasan oksigen.

Menurut laporan Astro Gembak, selain membintangi filem dan deretan drama termasuk siri komedi Salam Pantai Timur, Mek Habsah juga pernah muncul dengan album atas siri Asam Pedas bersama Allahyarham Yahya Sulong dan Allahyarham Maidin.
 
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan