Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki sertai PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi platform politik pilihan pelakon dan pengarah Adflin Shauki untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki sertai PKR

Gambar fail Afdlin Shauki.

Diterbitkan : 31 Mar 2021 02:22PM Dikemas Kini : 31 Mar 2021 02:25PM

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi platform politik pilihan pelakon dan pengarah Adflin Shauki untuk berkhidmat kepada masyarakat.

PKR yang diterajui Encik Anwar Ibrahim itu, kata Afdlin, menawarkan ruang dan kedudukan untuk beliau berkongsi aspirasinya dalam kerja-kerja kemanusiaan, lapor Astro AWANI.

Dalam masa sama, seniman itu menjelaskan, dedikasi dan perjuangan Encik Anwar mendorong beliau untuk mendekati rakyat.

Pengumuman penyertaan Afdlin dan penyanyi Altimet dalam PKR akan diumumkan oleh Encik Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam acara Temu Anwar pada 1 April ini di sebuah hotel di Ampang, menurut Astro AWANI.

Kata Afdlin, keputusannya menyertai PKR selepas pernah berjuang di bawah parti UMNO semuanya atas kemahuan dirinya sendiri.

“PKR adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain.

“Dan Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum. Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada,” kata Afdlin lagi.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan