Skip to main content

Dunia

Pelajar SG antara 2 rakan didakwa sogok pegawai polis Johor RM90,000

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar SG antara 2 rakan didakwa sogok pegawai polis Johor RM90,000

(Gambar hiasan: Jeremy Long)

Diterbitkan : 17 Jan 2023 10:12PM
JOHOR BAHRU: Dua rakan termasuk seorang warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Selasa (17 Jan) atas pertuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai polis berjumlah RM90,000 (S$27,500) pada tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Law Wen Xiang, 32 tahun, dan Donavan Sia Qi Xun, 27 tahun, didakwa mencapai niat bersama memberi suapan kepada pegawai risikan dan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di hadapan sebuah restoran di Taman Suria pada 5.45 petang, 17 Oktober tahun lalu.

Perbuatan itu didakwa sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas Sia yang merupakan warga Singapura kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan itu, Law dan Sia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 (S$3,000) mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Law dan Sia turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan memberi suapan kepada individu sama dengan jumlah yang sama sebagai balasan untuk tidak menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas Sia kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di lokasi, waktu dan hari yang sama mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM40,000 (S$12,200) dengan seorang penjamin dan mereka perlu melaporkan diri ke Pejabat SPRM Johor setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 19 Februari untuk sebutan semula kes.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita