Pelajar PhD alami autisme ingin menjadi pensyarah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Sinar Bestari)
MALAYSIA: Ingin menjadi seorang pensyarah. Itulah cita-cita seorang pelajar autisme, Nur Arif Jasmin, 30 tahun, yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengajian Qur’an dan Sunnah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Sejak di bangku sekolah lagi, anak ketujuh daripada lapan adik-beradik itu didedahkan dengan ilmu agama oleh ibunya yang merupakan seorang guru mengaji al-Quran, menurut Sinar Bestari.
Dia kemudiannya didaftarkan di Sekolah Menengah Agama (SMA) Shamsuddiniah, Gerisek, Johor sehingga ke peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan seterusnya melanjutkan pengajian di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh bagi peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarja
Sepanjang lebih lima tahun melanjutkan pengajian di UIAM, dia sentiasa mendapat sokongan dan bimbingan dari pihak universiti seperti Unit Perkhidmatan Kelainan Upaya (DSU) dan Pusat Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya (CCSC).
Menurut Ketua DSU, Profesor Dr Ruzita Mohd Amin, pihaknya merangka pelbagai inisiatif yang dikhususkan kepada Nur Arif supaya dia dapat menjalani proses pengajian dengan baik.
“Kebiasaannya, sebelum Nur Arif pergi ke kelas, kami akan melukis satu peta untuk memudahkan dia mencari kelas kerana dia sering tersesat.
“Setiap pensyarah akan diberikan senarai nama pelajar sebelum memulakan kelas, jadi kami akan tandakan nama pelajar yang OKU supaya pensyarah dapat menyediakan keperluan pengajian yang sepatutnya,” katanya ketika ditemui di UIAM, baru-baru ini, lapor Sinar Bestari.
Selain itu, Nur Arif juga sering dibantu oleh para sukarelawan dan rakan-rakan daripada Kelab Ibn Ummi Maktum yang terdiri daripada pelajar UIAM.
Memandangkan dia adalah pelajar PhD, Nur Arif sentiasa meluangkan masa lapangnya dengan membantu pelajar berkeperluan khas lain seperti membacakan soalan peperiksaan dan memimpin ke kelas untuk pelajar OKU penglihatan.
Hasil keyakinan yang dibina sejak beberapa tahun yang lalu berjaya menjadikan Nur Arif terpilih sebagai penterjemah untuk sebuah kitab aqidah terbitan Santai Ilmu Publications, seperti dinukil Sinar Bestari.
Bukan itu sahaja, bakat seni reka grafik yang terpendam turut dapat dicungkil apabila dilantik sebagai pereka grafik bagi Pusat Islam UIAM yang bertanggungjawab mencipta poster dan melukis komik.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.