Pelajar perempuan Afghanistan akan kembali ke sekolah 'secepat mungkin': Taliban
Pelajar perempuan di Afghanistan akan dibenarkan kembali ke sekolah secepat mungkin, menurut Taliban pada Selasa (21 Sep), selepas mengumumkan baki anggota di Kabinet yang kesemuanya terdiri daripada lelaki.

(Gambar: Reuters)
KABUL: Pelajar perempuan di Afghanistan akan dibenarkan kembali ke sekolah secepat mungkin, menurut Taliban pada Selasa (21 Sep), selepas mengumumkan baki anggota di Kabinet yang kesemuanya terdiri daripada lelaki.
"Kami sedang memuktamadkan beberapa perkara.. ia akan berlaku secepat mungkin," kata jurucakap Zabihullah Mujahid mengenai pendidikan pelajar perempuan di negara itu.
Kenyataan itu dibuat setelah kementerian pendidikan mengarahkan guru dan pelajar lelaki untuk kembali ke sekolah menengah pada hujung minggu, namun tidak menyebut tentang pendidik wanita dan pelajar perempuan di negara itu.
Mujahid juga tidak menyebut tentang kementerian ehwal wanita yang dibubarkan pada minggu lalu dan digantikan dengan sebuah jabatan yang sebelum ini digeruni kerana menguatkuasakan hukum-hukum agama.
"Jawatan ini dianggap penting bagi memastikan Amiriah dapat terus berfungsi," katanya ketika mengumumkan pelantikan jawatan kabinet terakhir, yang termasuk tambahan anggota di kementerian kesihatan.
Pelantikan pertama bagi pemerintah sementara Taliban diumumkan pada awal bulan ini - dengan anggotanya dipilih khusus dari golongan yang setia kepada Taliban. Semua jawatan utama dipegang oleh penyokong kumpulan itu, meskipun sebelum ini Taliban berjanji akan melakarkan pentadbiran inklusif bagi semua rakyat Afghanistan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.