Pelajar meninggal dunia lepas makan pasta yang sudah terbiar 5 hari
Seorang pelajar meninggal dunia setelah makan pasta yang sudah dibiarkan di atas kabinet dapur selama lima hari.
Gambar hiasan pasta. (Gambar: MARTIN BUREAU / AFP)
BELGIUM: Seorang pelajar meninggal dunia setelah makan pasta yang sudah dibiarkan di atas kabinet dapur selama lima hari.
Pelajar warga Belgium, berusia 20 tahun itu jatuh sakit setelah makan baki pasta bersos tomato yang dimasak lima hari sebelumnya. Sos tersebut tidak disimpan dalam peti sejuk dan dibiarkan di luar.
Setelah jatuh sakit teruk, beliau masuk ke biliknya untuk tidur dengan harapan akan sembuh bila bangun nanti. Bagaimanapun, beliau ditemui sudah meninggal dunia keesokan paginya oleh kedua ibu bapanya yang terkejut dengan kejadian itu.
Bedah siasat menunjukkan pelajar itu meninggal dunia akibat keracunan makanan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil 'bacillus cerus'.
Menurut Pihak Berkuasa Piawaian Makanan, 'bacillus cerus' ialah sejenis bakteria yang menghasilkan bahan toksik, sekali gus menyebabkan seseorang itu muntah dan mengalami cirit-birit.
Meskipun pelajar itu - yang hanya dikenali sebagai AJ mengalami kedua-dua simptom tersebut, beliau hanya menganggapnya sebagai keracunan makanan biasa dan hanya minum banyak air dan tidak mengambil sebarang ubat.
Bagaimanapun, bahan toksik daripada bakteria itu menyebabkan hatinya gagal berfungsi, dan seterusnya membawa maut.
Mayatnya ditemui 11 jam kemudian oleh ibu bapanya yang risau kerana mendiang tidak bangun untuk ke kolej.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.