Pelajar Malaysia ditemui maut di Hyde Park London
Anak Pengarang Bersekutu Malay Mail, Zainal Epi, ditemui mati di sebuah tasik di Hyde Park, London pada Isnin (25 Mac).
Allahyarham Hafiz Zainal ditemui meninggal dunia di Hyde Park, London. (Gambar: Facebook/Hafiz Zainal)
PUTRAJAYA: Anak Pengarang Bersekutu Malay Mail, Zainal Epi, ditemui mati di sebuah tasik di Hyde Park, London pada Isnin (25 Mac).
Encik Zainal ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan anak bongsunya, Muhammad Hafiz Zainal, 23 tahun, yang merupakan seorang penuntut di Imperial College London, dikenal pasti berdasarkan kad pelajar yang ditemui pada Allahyarham.
Menurut Encik Zainal, beliau menerima berita tersebut daripada pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London awal pagi hari ini.
Menurutnya lagi, beliau tidak mempunyai maklumat terperinci berhubung kematian anaknya kecuali dimaklumkan tentang penemuan mayat dalam tasik.
Encik Zainal berkata beliau dan anggota keluarganya akan berlepas ke London esok.
Jenazah Allahyarham Muhammad Hafiz akan dikebumikan di London, katanya.
Allahyarham merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik dan belajar jurusan kimia di Imperial College London sejak 2015.
Laporan berita dailymail.com.uk menyebut mayat seorang lelaki ditemui dalam tasik di Hyde Park pada 25 Mac dan polis menyifatkan kes itu sebagai kematian yang tidak dapat dijelaskan puncanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.