Pelajar Malaysia didapati bersalah bunuh, sembunyi bayi dalam beg di UK
Pelajar itu melahirkan bayinya yang cukup bulan itu pada 4 Mac, meletakkannya di dalam kotak bijirin, kemudian di dalam beg plastik yang boleh ditutup rapat, dan akhirnya di dalam beg pakaian.
Anggaran Waktu Membaca:
COVENTRY: Seorang pelajar Malaysia disabitkan kesalahan membunuh di United Kingdom (UK) selepas juri di mahkamah Warwick Crown Court menolak pembelaannya, lapor BBC.
Wanita terbabit, telah meletakkan bayinya yang baru lahir ke dalam kotak bijirin dan kemudian menyembunyikannya dalam beg pakaian.
Pihak pendakwa, Crown Prosecution Service (CPS) berkata Jia Xin Teo, 22 tahun, dari Coventry, mendakwa dia mendengar 'suara yang menyuruhnya membunuh atau mencederakan bayi berkenaan', namun ditolak oleh mahkamah.
Menurut laporan BBC itu, dia tidak memberitahu polis di mana dia menyembunyikan bayinya sehingga dua hari berlalu.
CPS berkata bayi itu "masih hidup selepas dilahirkan dan berpotensi untuk terus hidup, tetapi Teo membuat keputusan untuk meletakkannya di dalam kotak bijirin dengan pengetahuan bahawa ia tidak akan dapat bertahan."
Teo tiba dari Malaysia awal tahun ini untuk belajar di Universiti Coventry dan CPS menyatakan dia menyembunyikan kehamilannya daripada semua orang yang mengenalinya.
Pelajar itu melahirkan bayinya yang cukup bulan pada 4 Mac, meletakkannya di dalam kotak bijirin, kemudian di dalam beg plastik yang boleh ditutup rapat, dan akhirnya di dalam beg pakaian.
Polis West Midlands berkata pegawai dipanggil ke alamatnya dua hari kemudian, selepas Teo tiba di hospital menunjukkan tanda-tanda telah melahirkan bayi.
Kakitangan hospital bertanya sama ada dia telah melahirkan bayi, tetapi dia menafikannya.
Teo kemudiannya mengaku telah melahirkan bayi dan merasa takut sekiranya keluarganya serta rakan-rakan di Malaysia mengetahui perkara itu dan ia menjejaskan pengajiannya.
Polis berkata dia memberi alasan itu untuk menolak bantuan perubatan, melahirkan bayi di kediamannya, dan menyembunyikannya daripada rakan serumah.
Selepas disabitkan kesalahan pada Khamis, James Leslie Francis dari CPS berkata Teo tiba di UK dengan mengetahui bahawa dia mungkin akan melahirkan bayi di negara itu dan berpeluang untuk mendapatkan bantuan.
Namun, katanya, Teo memilih untuk menyembunyikan kehamilannya dan melahirkan bayi seorang diri."
Tambahnya, Teo enggan pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan selepas melahirkan bayi dan "berbohong kepada rakan-rakan yang mengambil berat, kepada doktor di hospital, dan kepada polis supaya tiada siapa yang menemui bayinya."
Teo akan dijatuhi hukuman pada tarikh yang akan ditetapkan.

Sumber : Agensi berita/SU/su
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.