Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar madrasah ditemui lemas di Langkawi

Anggaran Waktu Membaca:
ALOR SETAR: Seorang pelajar madrasah dari Banting, Selangor, ditemui lemas ketika mandi bersama tujuh rakannya di Hutan Lipur Lubuk Semilang, Langkawi, pada Isnin (3 Okt).

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata mayat pelajar lelaki berusia 15 tahun itu ditemui pada pukul 11.40 pagi.

Beliau berkata menurut saksi, sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain air bersama tujuh rakan lelakinya - berusia antara 15 dan 16 tahun - sebelum dia dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai di kawasan berkenaan.

“Beberapa rakan cuba menyelamatkan mangsa tetapi usaha mereka tidak berjaya sebelum seorang daripada saksi di situ menghubungi pihak bomba.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.55 pagi dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Encik Zamani berkata mayat pelajar itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan