Pelajar kolej dicabul ketika tunggang motosikal
Seorang pelajar kolej dicabul ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Felcra Changkat Lada - Ulu Dedap, sekitar jam 2.30 petang, 6 Ogos lalu.
Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)
PARIT: Seorang pelajar kolej dicabul ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Felcra Changkat Lada - Ulu Dedap, sekitar jam 2.30 petang, 6 Ogos lalu. Ini menurut Astro Awani.
Astro Awani melaporkan bahawa mangsa, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun sedang menunggang motosikal dan dalam perjalanan pulang dari Kampung Sungai Timah, Kampung Gajah, apabila kejadian tersebut berlaku.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, berdasarkan laporan polis mangsa mendakwa beliau dicabul di bahagian dadanya semasa menunggang motosikal berhampiran Jalan Kelisa 1, Seberang Perak.
"Tiba-tiba sebuah motosikal Lagenda berwarna merah hitam ditunggang seorang lelaki yang datang dari arah belakang terus meraba payudara mangsa sebelum memecut laju melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini (21 Ogos).
Menurut Encik Mohamad Zainal, siasatan lanjut pihaknya mendapati beberapa kejadian seumpama itu berlaku di Jalan Felcra Changkat Lada - Ulu Dedap sebelum ini, lapor Astro Awani lagi.
"Hasil siasatan polis mendapati bahawa enam saksi turut mengalami nasib sama, namun tiga daripada mereka tidak membuat aduan polis kerana malu dan mengalami trauma," katanya.
Menurut Encik Mohamad Zainal berdasarkan maklumat yang diperolehi, seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan di kediamannya di Bandar Seberang Perak, Kampung Gajah sekitar jam 8.30 malam 12 Ogos lalu.
"Suspek seorang penganggur akan didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh terlebih dahulu sebelum didakwa di Mahkamah Majistret Parit," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.