Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar kejururawatan di India ditahan guna picagari sama suntik lebih 30 pelajar

Jitendra Ahirwar bertegas dia tidak boleh dipersalahkan kerana hanya diberi satu picagari untuk memberi suntikan vaksin kepada lebih 30 pelajar sekolah menengah.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar kejururawatan di India ditahan guna picagari sama suntik lebih 30 pelajar

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 30 Jul 2022 02:35PM Dikemas Kini : 30 Jul 2022 02:35PM
NEW DELHI: Seorang pelajar kejururawatan ditahan pihak berkuasa selepas didapati menggunakan satu picagari yang sama untuk menyuntik vaksin COVID-19 kepada lebih 30 pelajar sekolah menengah di India, lapor Agensi Anadolu. 

Menurut polis pelajar itu, Jitendra Ahirwar, yang dilatih untuk menjalankan program vaksinasi oleh jabatan kesihatan tempatan, ditahan awal minggu ini selepas didapati melakukan kesalahan itu di daerah Sagar, di Madhya Pradesh.

"Kami telah menahan lelaki itu. Dia telah menyuntik vaksin dengan menggunakan hanya satu picagari. Pelajar yang diberi vaksin selamat. Pelajar yang menerima vaksin itu selamat," kata pegawai polis daerah, Tarun Nayak.

Pegawai itu berkata kejadian berlaku pada Rabu semasa program vaksinasi mega sedang dijalankan di sebuah sekolah menengah.

Ahirwar, dalam video yang tular di media sosial, berkata dia tidak boleh dipersalahkan dan hanya diberikan satu picagari untuk melakukan vaksinasi.

Ketua Pegawai Perubatan dan Kesihatan daerah Sagar Dr Devendra Goswami berkata pegawai vaksinasi daerah itu juga digantung tugas dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sumber : Bernama/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa