Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar di Jepun cedera ditikam ketika duduki peperiksaan

Beberapa pelajar sekolah menengah yang menduduki peperiksaan kelayakan ke universiti, cedera dalam serangan pisau pada Sabtu (15 Jan), lapor Reuters menukil media Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar di Jepun cedera ditikam ketika duduki peperiksaan

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 15 Jan 2022 01:23PM Dikemas Kini : 15 Jan 2022 01:23PM

TOKYO: Beberapa pelajar sekolah menengah yang menduduki peperiksaan kelayakan ke universiti, cedera dalam serangan pisau pada Sabtu (15 Jan), lapor Reuters menukil media Jepun.

Menurut laporan penyiar awam, NHK, tiga pelajar yang cedera itu berada dalam keadaan sedar selepas diserang rakan sekolah mereka menggunakan objek tajam ketika sedang berkumpul untuk mengambil peperiksaan berkenaan pada waktu pagi.

Suspek dipercayai pelajar berusia 17 tahun dan sudah ditahan, kata akhbar Asahi.

Jabatan Polis Metropolitan Tokyo, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai serangan tersebut mahupun mengesahkan sebarang tangkapan.

Sekitar setengah juta pelajar sekolah menengah di seluruh Jepun sedang mengambil peperiksaan kemasukan ke universiti hujung minggu ini.

Jenayah kekerasan jarang berlaku di Jepun, tetapi beberapa serangan menggunakan pisau dilaporkan berlaku sebelum ini.

Pada Oktober, seorang lelaki menggunakan kostum Joker Batman menikam belasan orang di dalam gerabak kereta api di Tokyo menyebabkan ada dalam kalangan penumpang yang melarikan diri melalui tingkap.

Beberapa bulan sebelum itu, seorang lelaki mencederakan beberapa orang dalam serangan pisau di kereta api penumpang Tokyo.

Sumber : Reuters/SU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa