Pelajar 14 tahun di Amerika tembak mati 2 rakan sekolah dan 2 guru
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Megan Varner / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images menerusi AFP
ATLANTA: Seorang pelajar berusia 14 tahun membunuh dua rakan pelajar dan dua guru, manakala sembilan yang lain cedera, dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah tinggi di Georgia pada Rabu (4 Sep), beberapa minggu selepas penggal bermula, menurut pihak berkuasa.
Kejadian tembakan itu adalah yang pertama dalam tahun persekolahan baharu di Amerika Syarikat, yang turut merupakan satu peringatan jelas tentang ancaman keganasan senjata api di sekolah dan maktab seluruh negara itu.
Tembakan itu menyebabkan empat orang maut di Sekolah Tinggi Apalachee di Winder, Georgia, dan sembilan yang lain dibawa ke hospital dengan pelbagai kecederaan akibat tembakan, menurut para penyiasat semasa sidang media.
Suspek, yang dikenal pasti sebagai Colt Gray, 14 tahun, yang juga merupakan pelajar di sekolah itu, dudah diberkas dan akan didakwa dan dibicarakan sebagai orang dewasa, menurut Chris Hosey, pengarah Biro Siasatan Georgia.
Suspek bercakap dengan para penyiasat, tetapi mereka enggan menyatakan sama ada mereka tahu apa yang mendorongnya untuk berbuat demikian. Mereka juga tidak menyatakan jenis senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
Syerif Jud Smith berkata, para timbalannya bertindak balas terhadap tembakan itu selepas jabatan syerif menerima maklumat tentang penembak tersebut sekitar pukul 10.20 pagi waktu tempatan.
Insiden itu berlaku di sekolah tersebut yang terletak kira-kira 80km dari timur laut Atlanta.
Stesen TV tempatan menyiarkan imej ibu bapa yang beratur di dalam kereta di jalan raya di luar sekolah, yang berharap dapat bertemu semula dengan anak-anak mereka. Sekolah itu memulakan kelas pada 1 Ogos.
ABC News memetik seorang saksi, pelajar Sergio Caldera, sebagai berkata bahawa dia berada di dalam kelas kimia apabila dia terdengar bunyi tembakan. Caldera, 17, memberitahu ABC bahawa gurunya membuka pintu dan seorang lagi guru berlari masuk memberitahunya supaya menutup pintu "kerana ada penembak."

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.