Pelabur teragak-agak teruskan komitmen untuk bangunkan projek Nusantara
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar:Twitter/Joko Widodo
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo sedang meningkatkan usaha membangunkan Nusantara - ibu kota Indonesia yang baru.
Ditaksirkan bernilai lebih AS$30 bilion (S$40 bilion), ia digambarkan sebagai ibu kota hijau yang pertama di dunia.
Namun dengan penggal Presiden Jokowi tinggal kurang dua tahun lagi, ramai yang prihatin tentang pendanaan projek itu seterusnya.

Akibat tergendala kerana kesan pandemik COVID-19, beberapa pelabur projek Nusantara kini teragak-agak untuk meneruskan komitmen mereka.
Mereka juga bimbang Presiden Jokowi tidak lagi akan berkuasa apabila projek selesai kelak.
Jakarta berharap lebih 2 juta penduduk akan berpindah ke Nusantara menjelang 2045.
Syarikat binaan Waskita Karya milik pemerintah Indonesia, diberi tugas membangunkan prasarana jalan raya bagi projek tersebut.
Dengan anggaran biaya sebesar S$80 juta, syarikat tersebut kini berusaha untuk menarik minat para pelabur sektor swasta serantau, termasuk dari Singapura.
"Penglibatan negara-negara tetangga ini diharapkan dapat bersama-sama, membangun prasarana di Indonesia, dan juga prasarana di negara-negara ASEAN khususnya, hingga ASEAN boleh tumbuh bersama, maju bersama, biar seimbang," kata Pengarah Urusan syarikat Wasita Karya, Destiawan Soewardjono.
"Ini yang kami atau saya peribadi berfikir, jangan sampai Singapura sangat maju, Indonesia tertinggal, Filipina juga yang masih jauh dari segi prasarananya. Ini yang kita harapkan ASEAN akan menjadi ukuran dunia baik dari segi prasarananya, mahupun ekonominya." tambah beliau.
Kerja-kerja binaan bagi projek Nusantara kini masih di tahap awal.
Diumumkan pada 2019, gagasan untuk memindahkan ibu kota Indonesia itu dipacu keadaan di Jakarta yang terlalu padat serta ancaman banjir besar akibat kesan perubahan iklim.

Sumber : Agensi berita/IQ/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.