Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelabuhan mega Tuas bolehkan S'pura 'fikirkan semula masa depan perkapalan': PM Lee

Pelabuhan mega Tuas masa depan membentangkan Singapura dengan peluang untuk "memikirkan semula masa depan perkapalan", kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (3 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Oct 2019 02:47PM Dikemas Kini : 03 Oct 2019 10:58PM

SINGAPURA: Pelabuhan mega Tuas masa depan membentangkan Singapura dengan peluang untuk "memikirkan semula masa depan perkapalan", kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (3 Okt).

Berucap di satu majlis menandakan upacara pecah tanah terminal kontena masa depan, Encik Lee menarik perhatian bahawa pelabuhan mega tersebut juga akan menyaksikan keupayaan pelabuhan Singapura meningkat kepada dua kali ganda berbanding 36 juta TEU (unit bersamaan 20 kaki) yang boleh dikendalikan dalam setahun sekarang.

"Secara rasminya, Tuas direka bentuk untuk mengendalikan 65 juta TEU tetapi saya pasti PSA dapat melakukan lebih sedikit daripada itu jika kita bekerja keras," katanya.

Apabila ia beroperasi sepenuhnya pada tahun 2040-an, pelabuhan baru tersebut - dijangka menjadi terminal kontena automatik sepenuhnya yang terbesar di dunia - akan menggantikan kemudahan sedia ada di Tanjong Pagar, Pasir Panjang, Keppel dan Pulau Brani.

Namun menjangkaui skala itu, kata Encik Lee, pembangunan di sebuah tapak hijau membolehkan inovasi dan kemampanan menjadi ciri-ciri utama projek tersebut.

Antara inovasi yang akan ditampilkan pelabuhan mega berkenaan adalah kenderaan tanpa pemandu yang beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga elektrik. Ia akan mengangkut kontena antara dermaga dengan limbungan.

Kini diuji di terminal Pasir Panjang, kenderaan tersebut mempunyai jejak karbon 25 peratus kurang daripada kenderaan biasa.

Sementara itu, kren gantri automatik yang dipasang pada rel - beroperasi secara elektrik sepenuhnya dan menggunakan kamera serta sensor laser untuk ketepatan - akan membolehkan pakar kren mengawasi pelbagai kren dari jarak jauh.

Dua tempat berlabuh pertama di pelabuhan Tuas dijangka memulakan operasi pada 2021 apabila pembinaan fasa pertama dijangka selesai.

Fasa pertama bernilai S$2.42 bilion itu akan mempunyai 21 tempat kapal berlabuh di perairan dalam. yang akan membolehkannya untuk mengendalikan kira-kira 20 juta TEU kargo setiap tahun apabila ia beroperasi sepenuhnya pada 2027. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan