Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pekerja pembersihan tergantung di tingkat 33 hotel akibat masalah teknikal gondola

Dua pekerja syarikat pembersihan bangunan berdepan detik cemas apabila gondola yang dinaiki untuk mencuci permukaan kaca sebuah hotel di Pesiaran KLCC di sini mengalami masalah teknikal.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja pembersihan tergantung di tingkat 33 hotel akibat masalah teknikal gondola

Pegawai bomba selamatkan pekerja dari tingkat 33 bangunan di Kuala Lumpur (Gambar: Facebook/Aki Amin)

Diterbitkan : 22 Dec 2018 06:38PM Dikemas Kini : 22 Dec 2018 06:40PM

KUALA LUMPUR: Dua pekerja syarikat pembersihan bangunan berdepan detik cemas apabila gondola yang dinaiki untuk mencuci permukaan kaca sebuah hotel di Pesiaran KLCC di sini mengalami masalah teknikal.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, seorang mangsa tergantung dengan memakai tali pinggang keselamatan di tingkat 33 hotel itu manakala seorang lagi tersangkut di gondola di tingkat satu.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan menyatakan kedua-dua lelaki warga Nepal berusia 30-an itu berjaya diselamatkan pada pukul 11.49 pagi.

"Pasukan Bomba melakukan penyelamatan menggunakan kaedah “Ascending” iaitu menaikkan mangsa pertama ke tingkat 34 yang mempunyai ruang akses.

"Bagi mangsa kedua pihak Bomba menggunakan jentera ‘Aerial Ladder Platform’”, tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, seramai 13 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 10.57 pagi.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan