Skip to main content

Dunia

Pekerja pembersihan Masjid Negara M'sia petah berbahasa Jepun; ajar delegasi bahasa Melayu

Sambil memegang mop, pekerja pembersihan di Masjid Negara berbual bahasa Jepun bersulamkan bahasa Inggeris untuk menjelaskan cara-cara berbual dalam bahasa Melayu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja pembersihan Masjid Negara M'sia petah  berbahasa Jepun; ajar delegasi bahasa Melayu

(Gambar: Petikan skrin dari video Facebook/Hanafi Damanhuri)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pembersihan di Masjid Negara Malaysia menarik perhatian ramai selepas videonya mengajar Bahasa Melayu kepada beberapa warga Jepun menjadi tular di media sosial.

Sambil memegang mop, wanita tersebut kelihatan bertutur dalam bahasa Jepun bersulamkan bahasa Inggeris untuk menjelaskan cara-cara berbual dalam bahasa Melayu.

"Sudah makan...Sudah tidur, You just add the word 'sudah' (Anda hanya tambahkan perkataan 'sudah')," jelas wanita berkenaan, seperti dipetik mStar.

"Malay is easy (Melayu itu mudah)," tambahnya lagi sebelum mereka mengakhiri perbualan dengan cara 'menunduk', mengikut tradisi Jepun.
Video tersebut pertama kali dimuat naik oleh pengguna Facebook, Hanafi Damanhuri, semasa beliau membawa delegasi Jepun ke Masjid Negara, menurut mStar.

"Rancak makcik (ini) ajar orang Jepun belajar bahasa Melayu," tulis beliau.

Video tersebut sudahpun dikongsi lebih 1,800 kali, dengan lebih 2,000 tanda 'like', lapor mStar.

Para pengguna media sosial juga rata-rata kagum dengan kepetahan dan kebolehan wanita itu menguasai bahasa Jepun dan Inggeris, serta mengajar mereka berbahasa Melayu.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita