Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa LA bantah penutupan operasi pemerintah

Para pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles mengadakan bantahan menuntut agar penutupan operasi pemerintah dihentikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jan 2019 09:06PM Dikemas Kini : 17 Jan 2019 09:55PM

LOS ANGELES: Para pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles mengadakan bantahan menuntut agar penutupan operasi pemerintah dihentikan.

Malahan, ramai mengadu sukar meneruskan kehidupan tanpa gaji.

Rapat yang diadakan di luar dewan keberangkatan lapangan terbang itu disusuli dengan sesi membahagi-bahagikan baucar-baucar makanan kepada kakitangan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Amerika.

Penutupan operasi pemerintah sudah memasuki hari ke 26 dan kakitangan pemerintah itu masih belum dibayar gaji sepanjang tempoh tersebut.

Kakitangan yang memeriksa para penumpang di lapangan terbang ialah pekerja federal yang paling rendah gajinya.

Meskipun gaji mereka yang tertunggak akan dibayar sejurus selepas operasi pemerintah diteruskan, ramai yang bergelut untuk membayar bil dan pinjaman tanpa gaji.

Baru semalam (16 Jan), Presiden Donald Trump menandatangani rang undang-undang bagi memastikan kesemua 800,000 pekerja federal akan dibayar balik gaji yang tertunggak.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan