Pekerja Jepun yang rempuh perhentian bas, sebut budaya kerja dalam rayuannya
Sebagai antara pekerja paling berjawatan rendah di sebuah syarikat Jepun, seorang pekerja lelaki berusia 28 tahun mengambil insiatif memandu kereta syarikat untuk menghantar seorang rakan kerja lebih kanan pulang, meskipun beliau tidak begitu sihat pada hari itu.

Mahkamah Negara. (Gambar: Xabryna Kek)
SINGAPURA: Sebagai antara pekerja paling berjawatan rendah di sebuah syarikat Jepun, seorang pekerja lelaki berusia 28 tahun mengambil insiatif memandu kereta syarikat untuk menghantar seorang rakan kerja lebih kanan pulang, meskipun beliau tidak begitu sihat pada hari itu.
Budaya Jepun dalam persekitaran di tempat kerjanya diketengahkan sebagai antara sebab beliau tertidur semasa memandu dan merempuh sebuah perhentian bas di Kampong Bahru Road tiga bulan lalu.
Dia dikenakan tuduhan menyebabkan kecederaan akibat kecuaian, di mana dia mengaku bersalah pada Jumaat (6 Dis). Akibatnya, isterinya, anak lelakinya dan seorang pejalan kaki cedera.
Hakim Daerah Hamidah Ibrahim mengenakan denda bernilai S$5,000 kepada lelaki itu kerana mencederakan anaknya dan satu lagi denda bernilai S$2,000 kerana menyebabkan pejalan kaki, Encik Tennakoon Mudiyanselage Hasitha Presad cedera. Dia juga dilarang memandu selama dua tahun dan perlu menjalani hukuman penjara selama 30 hari sekiranya gagal membayar denda.
Nama syarikat di mana pemandu itu bekerja pada waktu itu tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah dan nama tertuduh serta isterinya juga tidak diberitahu bagi melindungi identiti anak mereka di bawah Akta Perlindungan dan Kanak-Kanak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.