Pekerja GISBH di Seremban hilang, tinggalkan kedai terbiar
Anggaran Waktu Membaca:
Ibu pejabat GISBH di Rawang, negeri Selangor, pada 19 Sep 2024. (Gambar: AP/Vincent Thian)
SEREMBAN: Beberapa premis perniagaan milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Seremban 2 didakwa ditutup sejak Rabu (18 Sep) lalu.
Tinjauan Sinar Harian di sebuah kedai makan milik GISBH mendapati keadaan premis seperti ditinggalkan dalam keadaan 'tergesa-gesa'.
Ini kerana peralatan memasak seperti kuali, periuk dan adunan kuih di dalam bekas dibiarkan tinggal begitu sahaja.
Malah ada peralatan memasak dan bekas makanan turut dibiarkan di dalam singki tanpa dibasuh.
Seorang peniaga mendakwa kedai tersebut bukan sahaja ditutup sejak Rabu lalu, malah turut tidak kelihatan lagi kelibat pekerja mereka.
"Masa mula-mula isu berkaitan GISBH ini kecoh, kedai mereka buka lagi macam biasa walaupun pelanggan yang datang tak lagi ramai seperti dulu.
"Tapi tak silap saya sejak Rabu lalu semua premis perniagaan mereka ini tak beroperasi. Saya pun tak nampak lagi kelibat pekerja mereka kerana kita boleh kenal berdasarkan imej kopiah yang dipakai," katanya, seperti dinukil laporan Sinar Harian.
Peniaga lain pula memberitahu, terdapat beberapa individu kelihatan seperti pihak berkuasa datang ke premis terbabit untuk mencari kumpulan tersebut.
Bagaimanapun katanya, dia tidak pasti jika 'kehilangan' pekerja premis GISBH di itu disebabkan sudah ditahan pihak berkuasa.
Antara aktiviti perniagaan dijalankan di situ ialah kedai runcit, kedai cendol, kafe, kedai roti dan warung menjual kuih.
Sebelum ini, media melaporkan polis Malaysia berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun, yang dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 11 September lalu.
Hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak yang juga penghuni rumah amal terbabit.
Susulan kes tersebut, seramai 171 individu ditahan termasuk 105 wanita berusia 17 dan 64 tahun.
Berdasarkan maklumat serta siasatan dilakukan, polis mengesyaki GISBH melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.