Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pekerja Britain mogok jelang perayaan Krismas

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja Britain mogok jelang perayaan Krismas

(Gambar: AFP/Niklas Halle'n)

Diterbitkan : 20 Dec 2022 05:43PM Dikemas Kini : 20 Dec 2022 06:44PM
LONDON: Satu siri mogok pekerja sedang membelenggu United Kingdom (UK) dengan ratusan ribu pekerja enggan bertugas menjelang perayaan Krismas, hujung minggu ini.

Dari para jururawat kepada kakitangan rel dan khidmat pos, mereka yang mogok mempertikaikan gaji, suasana kerja dan pemberhentian pekerja.

Mogok-mogok tersebut sebaliknya juga dibidas kerana mengganggu perancangan perayaan orang ramai dan memburukkan lagi tunggakan Perkhidmat Jagaan Kesihatan (NHS).

Buat julung-julung kalinya dalam masa 100 tahun, para jururawat menyertai mogok seluruh negara Britain.

Royal College of Nursing Britain menuntut kenaikan gaji hampir 20 peratus untuk menyaingi inflasi yang semakin meningkat serta bagi mengatasi potongan gaji beberapa tahun lamanya.

Kakitangan jururawat bagaimanapun terus menawarkan jagaan kecemasan semasa mogok sekarang tetapi khidmat rutin tergendala.

Dengan bil elektrik dan kos sistem pemanasan pada paras rekod, ada karyawan jagaan kesihatan sedang bergelut untuk terus bertakat.

Sementara itu, kakitangan pos Britain pula enggan menghantar surat menjelang Krismas iaitu lazimnya tempoh paling sibuk bagi sektor kiriman surat.

Para pekerja UK berasa keadaan sudah mencapai kemuncaknya.

"Semuanya naik, bil elektrik, gas semuanya, malah makanan. Gaji kami tidak cukup," kata seorang pekerja.

Selain kad-kad Krismas yang tidak akan sampai, mogok para pekerja kereta api pula menjejas rancangan keluarga berkunjung ke rumah sanak saudara.

Para anggota kesatuan RMT yang mewakili ramai kakitangan rel juga mogok kerana pertikaian gaji dan rancangan memberhentikan pekerja.

Namun mogok pekerja berbilang sektor Britain itu mungkin tidak dapat dihuraikan segera kerana pemerintah menyifatkan tuntutan yang dikemukakan tidak dapat dipenuhi.

Malah, bantuan pihak tentera mungkin diperlukan bagi mengatasi masalah yang dijangka berterusan sehingga tahun depan.
Sumber : CNA/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan