Pekerja boleh jimat 122 jam setahun guna AI dalam tugasan pentadbiran: Google
Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Ekonomi Britain berpotensi meraih keuntungan sehingga 400 bilion pound (S$699 juta) hasil pertumbuhan berasaskan kecerdasan buatan (AI) sekiranya tenaga kerja negara itu dilatih untuk memanfaatkan teknologi tersebut, menurut laporan Google.
Dalam laporan hasil kajian perintis yang dijalankan di Britain dan diterbitkan pada Jumaat (25 Apr), syarikat teknologi gergasi dari Amerika Syarikat itu mendapati, pekerja boleh menjimatkan purata 122 jam setahun sekiranya AI digunakan untuk melaksanakan tugas-tugas pentadbiran.
Menurut Google, langkah mudah seperti memberi kebenaran kepada pekerja untuk menggunakan AI dan melengkapkan mereka dengan latihan asas selama beberapa jam sudah cukup untuk menggandakan kadar penggunaan teknologi itu – seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi.
Menurut analisis firma Public First, rakan kerjasama Google dalam projek tersebut, dua pertiga pekerja – khususnya wanita berusia dari latar sosioekonomi rendah – tidak pernah menggunakan AI generatif dalam pekerjaan mereka.
Presiden Google bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Debbie Weinstein berkata, program perintis AI Works yang dijalankan bersama rangkaian perniagaan kecil, institusi pendidikan dan kesatuan pekerja menunjukkan hasil yang ketara.
Bagaimanapun, satu halangan utama adalah keraguan dalam kalangan pekerja sama ada penggunaan AI di tempat kerja itu dianggap sah dari segi perundangan dan adil.
“Ramai yang bertanya, ‘adakah saya dibenarkan untuk melakukan ini?’ dan memberi keyakinan itu kepada mereka adalah sesuatu yang penting,” jelas Cik Weinstein dalam satu wawancara.
Beliau berkata, setelah diberikan latihan selama beberapa jam, keyakinan peserta meningkat dan penggunaan AI dalam kalangan mereka meningkat berkali ganda - malah masih berterusan beberapa bulan selepas itu.
Menurut laporan AI Works, intervensi mudah ini berjaya mengurangkan jurang penggunaan AI, terutamanya dalam kalangan golongan yang sebelum ini tidak celik teknologi.
Contohnya, sebelum latihan dimulakan, hanya 17 peratus wanita berusia lebih 55 tahun menggunakan AI secara mingguan dan hanya 9 peratus menggunakannya setiap hari.
Namun, tiga bulan kemudian, 56 peratus daripada mereka telah menggunakan AI secara mingguan, manakala 29 peratus menjadikan ia sebagai amalan harian.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.