Pekerja beli kereta SUV Toyota untuk majikan sebagai tanda penghargaan
Anggaran Waktu Membaca:
SKUDAI: Apabila rantaian pasar raya Sheng Shiong menghadiahkan kakitangan mereka dengan bonus 16 bulan pada 2021, ramai yang mengalu-alukan keputusan itu.
Bagaimana pula jika sekiranya kakitangan yang memberi hadiah kepada majikan?
Dalam satu catatan Facebook pada Selasa (6 Feb), kakitangan 7272 ONG Fruits di Johor membuat kejutan kepada majikan mereka, Zhang Wenhua, dengan hadiah sebuah kereta Toyota Harrier baharu.
Kereta SUV itu berniali sekitar RM277,000 (S$78,1200).
Sebanyak 40 orang menyumbang untuk membeli hadiah mahal itu, yang disokong oleh isteri Encik Wenhua.
Menurut kakitangan syarikat itu, ramai di antara mereka menyandang jawatan pengurusan atau sudah menjadi pemilik saham, dan hadiah itu dianggap sebagai penghargaan mereka atas kerja keras dan kebaikan Encik Wenhua.
"Berasa berterima kasih adalah sesuatu yang diperlukan kedua-dua pihak. Kami sungguh gembira untuk katakan, "Kami belikan bos kami kereta!," menurut kapsyen yang tertulis pada
catatan Facebook syarikat itu.
Kakitangan tersebut berkata Encik Wenhua layak menerima hadiah itu. Mereka berkongsi bahawa beliau menjalankan pelbagai tugas di dalam syarikatnya, dan hanya membenarkan dirinya menerima gaji hanya selepas empat tahun memulakan syarikat tersebut.
Dalam satu video yang merakam Encik Wenhua dalam keadaan terperanjat, beliau menulis, "Saya rasa sangat dicintai. Biasanya saya bagus ketika memarahi orang lain, tetapi saya tiada kata-kata. Pemberian kereta ini menandakan pengiktirafan dan kasih sayang semua orang."
Dengan rendah diri, Encik Wenhua menambah bahawa beliau merasakan ia adalah tanggungjawabnya untuk melayani semua orang dengan baik dan menghargai kejayaan kakitangannya atas kerja keras dan kepimpinan mereka untuk menjayakan syarikat tersebut.
Encik Wenhua bergurau bahawa kereta itu dibeli kerana beliau tidak ingin membeli kenderaan sendiri, dan selalunya bergantung kepada kenderaan syarikatnya.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.